Tuesday, March 24, 2015

Kadang - kadang rasa sakit hati sebab susah sangat nak dapat kerja macam orang lain yang dah berapa kali bertukar ganti kerja dalam masa 3 tahun sepanjang lepas grad ni.

Diorang taktahu yang aku dah hantar banyak application kerja tapi malangnya dalam seratus cuma satu yang sangkut; itupun untuk panggilan temuduga yang entah berapa peratus peluang untuk aku diterima.

Usaha sudah- dan takkan berhenti usaha sampai bila-bila. Masa untuk tawakal. Tapi Tuhan belum bagi.

Rasa sebak dada sampai terpaksa tahan setiap kali nak menangis bila terkenang nasib diri sendiri yang tak sebertuah orang lain. Okay aku cukup bertuah sebab dah ada suami yang paling sempoi dan faham aku dengan family sekeliling aku yang memang boleh masuk je tak kira masa.

Sekarang pun tahan sebak sebab loser gila kalau nangis sebab benda remeh camni. Lagipun hubby blubby aku belum balik, jadi emosi terlebih.

Lama sangat rasa tak menulis jadi tulisan ni pun dah macam tunggang langgang je rasa.

Oh, semalam aku pergi interview kat satu company besar, tapi speaking dah tunggang langgang macam bangla. Sampai interviewer tanya, 'kerja sekarang awak tak communicate dengan orang ke?'

bye.

3 comments:

theRandomcraps said...

kau belajar apa?

juwita said...

Belajar Chem. Engine. (Food Technology)

gulagulahacks said...

sama!