Monday, July 22, 2013

Dia masih menggenggam kemas lengan yang memaut stereng, sambil bercerita dan ketawa. Tapi tak siapa nampak ada air yang bergenang di bibir mata. Hampir jatuh ke pipi, tapi ditahan hingga hujung jalan. Cuma pekat malam yang mengehadkan penglihatan.

Entah rasa apa yang membawa hiba hingga sebegitu, dia sendiri bingung. Kali pertama perasaan mahu menangis dalam tahun 2013, dan gagal untuk dibendung.

Keluar dari kereta, dan empangan mula pecah. Mujur segalanya masih lagi mampu disorok.

Terkadang, dia tak pernah sedar, sebab dan hakikat ada dihadapan mata. Antara telus atau tidak untuk diluah. Bimbang hati yang lain belum mampu untuk menguyah segala luah.

No comments: