Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan. Puasa pertama untuk 2013 ni rasa lain macam sikit sebab terasa macam sedikit matang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ehem. Status masih belum berubah, dan semuanya masih sama. Cuma rasa dalam jiwa yang beri sedikit beza. 

Masing-masing dah sibuk bercakap pasal baju raya. Dan aku, mungkin takkan ada lagi baju raya untuk tahun ni.

Puasa tahun ni aku cuma harap perjalanan sepanjang tempoh belajar aku dan sepanjang tempoh nak tukar kerja ni jadi mudah, tak rumit, senang bolos, dan seangkatannya lah. Bukan apa, setiap hari aku dah takde motivasi dengan passion nak buat kerja. Zero level, lack of. 

*******

Untuk cinta yang aku sendiri belum pasti ke mana hala tujunya, aku cuma biarkan dia berjalan dengan arus waktu yang takkan mati ni. Aku sendiri tak nampak masa depan, jadinya nak berharap lebih tu dah tak lagi rasa. 

Takut-takut rasa sakit yang amat tu susah nak sembuh, maka aku lebih banyak diamkan diri dan sembunyikan rasa. Selagi mampu act cool, selagi itu aku kayu. 

No comments: