Saat aku masih menggenggam kemas jemarimu, kamu sebenarnya sedang cuba untuk meleraikannya.
Aku lihat kamu menghilang dalam kabut hujan yang kita sedang berdiri.
Biar perlahan; tapi jiwamu sebenar makin menjauh dari aku.
Sayang, selepas dilontar segala bahagia, mengapa balingan yang terakhir kamu melontar kesedihan pada jiwa aku?
Aku masih tetap mampu tersenyum, demi melihat kamu tersenyum.
Maafkan aku, kali ini benar aku tak mampu jujur pada rasa ini dan sembunyikan dari riak wajah; hanya untuk kamu.
No comments:
Post a Comment