Sunday, January 19, 2014

Selama 7 bulan bermula Jun 2013 aku dah mula gigih memohon kerja dari beberapa syarikat lain. Tapi satu pun belum sangkut. Mungkin rezeki belum kunjung tiba, tapi aku dah mula rasa tak boleh tahan hidup dalam suasana kerja sekarang.

Dingin. 
Tak ada komunikasi mesra.
Membosankan!
Dan langsung tak ada kepercayaan. Cuma mengharapkan seorang, dan hanya bergantung pada seorang. Aku taktau apa jenis organisasi yang aku tercampak sekarang ni.

Dan, yang paling teruk, aku sebenarnya langsung taktahu spesifikasi skop kerja aku yang sebenarnya. 
Lagi peristiwa paling teruk, surat kenaikan gaji yang sepatutnya aku terima awal Januari 2013, diterima pada hujung Desember 2013 bertarikh awal Januari 2013! 

Banyak benda teruk sampai kalau aku nak cerita pun rasa tak sanggup. Nanti rezeki lambat pulak masuk sebab dah bukak aib orang. He he. 

Ya Tuhan, Kau permudahkanlah jalan aku. Kau bukakanlah pintu rezekiMu buatku. Kau limpahkanlah keberkatan dalam setiap rezeki dan nikmat yang kau berikan. Jauhkanlah kezaliman manusia ke atas kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Aku harap segala pengalaman tak-berapa-best aku sepanjang kat sini boleh jadikan aku supergirl nak hadap benda lain yang lagi dasyat. 

Aku harap dengan pengalaman aku kat sini, aku boleh dapat better offer dari kampeni lain. 

Aku harap sangat! Sangat-sangat-sangat-sangat berharap.

No comments: