Tuesday, March 25, 2014

Terlalu lama menunggu hingga rasa dalam diri begitu memberat. Hanya Tuhan tahu betapa aku berharap pada keajaiban, supaya merubah  satu persatu pola hidup aku yang semakin murung dan hilang seninya.

Terkadang, terasa diri kurang bersyukur pada kurniaan-Nya. Terlalu merengek minta mahu dikabulkan itu ini. Mungkin hidup semakin memberat dengan komitmen yang tak kunjung padam hingga kadangkala aku hampir tersungkur tersadung langkah sendiri.

Mohon Tuhan masih memegang aku agar sentiasa kuat untuk berdiri mencari jalan keluar dari pelbagai serat kusut yang bersarang dalam kepala. Mohon Tuhan memegang insan kesayangan aku untuk setiap hembus nafas mereka, dan setiap hembus nafas aku. Mohon Tuhan ringankan beban mereka.

Terlalu sayang hingga rasa aku rela tanggung semua walau aku sebenarnya semakin lemas dengan permainan emosi dan duga Tuhan.

Sebelum langkah longlai, aku mohon satu keajaiban supaya berlaku. Sekurangnya, kembalikan semangat untuk sentiasa teruskan hidup walau bekal cuma sekeping roti dibahagi sepuluh.

No comments: